Kursus MZU 3111 Pendekatan Pengajaran Muzik melibatkan banyak aktiviti “hands-on” dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk –Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 – Aplikasi Pendekatan Kodaly (Topik  3 dalam proforma), Tajuk 2 – Aplikasi Pendekatan Orff (Topik 6 dalam proforma), Tajuk 3 – Aplikasi Pendekatan Dalcroze (Topik 9 dalam proforma).

 

      Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut adalah amat sesuai untuk guru-guru pendidikan muzik sekolah rendah mengaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di bilik darjah supaya kelas muzik menjadi “fun-learning”. Aplikasi setiap pendekatan dalam modul ini akan membantu seseorang guru muzik meningkatkan prestasi mereka semasa mengajar bidang-bidang tertentu dalam kelas muzik.

 

Aplikasi Pendekatan Kodaly akan membantu dalam bidang nyanyian di mana murid-murid akan mempelajari pelbagai cara meningkatkan kemahiran menyanyi agar berasa seronok. 

 

Bagi aplikasi Pendekatan Orff pula, guru-guru muzik dapat meningkatkan kemahiran murid-murid semasa melakukan aktiviti “hands-on” dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic.

 

Aplikasi Pendekatan Dalcroze pula merupakan satu cara bagaimana guru muzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan.

 

Secara keseluruhan dapat dibuktikan bahawa aplikasi setiap pendekatan di atas dapat membantu seseorang guru muzik meningkatkan kefahaman murid-murid yang diajar tentang konsep-konsep muzik melalui aktiviti-aktiviti muzikal yang di lakukan secara “hands-on”.

 

Setiap aktiviti amali yang ditulis dalam modul ini harus diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah dan disimpan dalam folio untuk disemak oleh pensyarah semasa kuliah bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan dari buku-buku pendidikan muzik dan laman web. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.